Wednesday, 4 January 2012

Pengalaman aku Mengikuti Kelas Dr. Notts

Pengalaman aku mengikuti kelas BBK3408 Kesusasteraan dalam Multimedia yang diajar oleh Dr.Normaliza atau dengan nama gelemanya Dr.Notts.Dr. Notts?. Dr. Notts merupakan pensyarah di FBMK.Macam mn nak kenal sila lawati blongnya di http://aammwa.blogspot.com/ cuma klik je, kita akan mengenali orangnya. 
Aku Cuma nak kongsi sikit pengalaman mengikuti kelas tersebut.Pada hari yang pertama aku masuk kelas dia,aku tengok dia seorang yang garang dan tegas.Kelas tak boleh bising ketika dia mengajar, kalau nk tahu cubala bising ,kana marah terus.hahaha.aku suka bila dia tegur budak-budak dalam kelas dia pasal pemakaian yang kemas,sebab ia amat berguna bila bekerja nanti dan satu lagi ialah menepati masa sesiapa sahaja tidak boleh lewat dating ke kelasnya walaupun seminit kalau lewat alamatnya duk kat luar kelasla.Bagi aku aku dah biasa dengan benda-benda macam ni,sebab aku seorang ROTU kira okla.haha.Aku sokong apa yang dibuat oleh Dr.Ini boleh mendsiplinkan pelajar-pelajar.
          Bila dah lama belajar dengan Dr.Nott bari aku tahu bahawa Dr seora yang mesra dan sangat baik,Cuma biasala masa belajar ,kita belajar masa suka kita sukala.tak gitu.
          Arahan yang pertama yang keluar dari mulut Dr. ialah buat satu kumpulan dan aku telah menubuhkan satu kumpulan,ahli kumpulan aku seramai lima orang tiga laki-laki dan dua orang perempuan.Nama kumpulan aku ialah ERA.Satu kumpulan inilah yang sama-sama melakukan kerja yang diarahkan oleh Dr. yang paling menguji kesabaran dan kerjasama dalam satu kumpulan adalah dalam melakukan video.Memang setiap kali kelas dr.Nott akan nada kerja yang diberikan,tapi aku suka walaupun banyak kekangan dalam melaksanakan tugas itu.
          Selama aku mengikuti kelas ini sudah enam video yang telah aku lakukan atau dengan kata lain melakonkan dalam setiap video.Aku ni nak kata tak pernah berlakon tu adala sikit,tapi bila depan kamera ni malu sikit.haha.Apa yang aku dapat pengalaman yang takda di tepi-tepi jalan bagi aku ianya sangat berharga.

Wednesday, 23 November 2011

Peliharalah aku


Ya Allah…
Jadikanlah aku hamba Mu yang taat
Bersihkanlah hatiku daripada segala kekotoran
Padamkan titik hitam di hatiku
Jangan kau pilingkan hati ku
Dari terus taat kepada Mu
Ampunilah dosaku Ya Allah


Ya Allah…
Jadikanlah aku hamba Mu yang taat
Bersihkan setiap perkataanku
Dari mengeluarkan kata yang  tak baik
Peliharalah dan latihknlah lidah ku
Untuk terus menyebut nama Mu
Agar diriku terus mengingati Mu

Ya Allah…
Lindungilah aku dari melihat maksiat
Yang bisa meruntuhkan akhlakku
Sebagai seorang muslim sejati
Dan sucikanlah wajahku dari pandagan keji manusia
Agar aku terus dalam keimananMu


Ya Allah…
Sucikanlah fikiranku dari segala kekotoran
Yang bisa merosak keimananku
Agar diriku tidak terjerumus dalam lembah kehinaan

Ya Allah…
Hanya padaMu kubermohon
Kerna hanya Engkaulah tuhan yang Satu
Pencipta sekalian alam
Maka dengan sesungguhnya
Kabulkanlah doa ummat Mu ini
Amin Yarobbal Alamin…

Tuesday, 22 November 2011

kasut...






Taubat




Saat aku terasa jauh dari sang pencipta 
Aku akan merasakan diri ku tidak tenang
Aku merasakan apa yang aku lakukan tidak lancar
Bila aku sedari rupanya aku lalai terhadap Mu
Aku sibuk mengejar keseronokan dunia
Dunia yang sementara
Dunia ini tempat kata mencari bekal
untuk hidup di akhirat kelak
Segera aku bertaubat atas kesalahan ku
Ayat al-Quran sentiasa basah di mulutku
Tanda aku syukur akan nikmat mu
Memberikan aku peluang pulang ke jalan mu
Ya Allah

Terimalah taubat ku ya Allah
Sesungguhnya aku hanya hamba mu ya Allah
Berikanlah aku peluang menjadikan
aku hamba lagi taat kepada mu ya Allah

Monday, 14 November 2011

Hari Raya Korban

Hari raya aidiladha atau raya korban akan mengingatkan kita satu peristiwa yang menjadi sejarah bagi umat Islam.Aku teringat lagi peristiwa ini diceritakan oleh guru ku,tentang Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih putranya Nabi Ismail.Nabi Ismail dengan relanya untuk dikorbankan oleh ayahnya atas perintah yang Maha Esa.Nabi Ibrahim a.s berat untuk mengorbankan anaknya namun oleh sebab ketaatan kepada Allah, Nabi Ibrahim a.s melaksanakan perintah tersebut.ketika ingin menyembelih putranya sesuatu yang pelik berlaku mata pedangnya tidak dapat menghiris leher Nabi Ismail.Ditetaknya batu hancur,Nabi Ibrahim berkata kepada pedang tersebut, kenapa tak dapat menghiris lehir nabi Ismail.Lalu dengan kuasa Allah,pedang tersebut berkata-kata ''wahai nabi Allah mana satu aku ingin mendengar perintah dari kamu atau tuhab mu.Allah perintahkan sepaya pedang tersebut tidak lut di leher nabi Ismail''.Oleh sebab itu,Nabi Ibrahim pun terus melaksanakn perintahkan Allah disembelihnya Nabi Ismail dan pada masa yang sama dengan kuasa Allah nabi Ismail telah ditukarkan dengan seekor kibas yang besar......Allah hanya menguji hamba-hambanya yang beriman kepadanya.sesungguhnya ketaatan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sangat tinggi serta sangat mulia di sisi Allah......


  Hari raya korban yang lepas keluarga aku melakukan ibadah korban dan akiqah.aku ingin kongsikan beberama gambar pada masa tersebut.









       

BBK 3408 2011 ERA PRODUCTION (COVER RAJA DRAMA)

Kedai burger aku..

Rakan Kongsi aku Epi
 Kenangan kedai burger aku...aku baru je tutup kedai kat kolej.aku tutup sebab aku sibuk sekarang tak sempat nak bukak, banyak sangat kerja nak dibuat.Aku kesian kat pelanggan asyik bertanya je bila nk bukak....lapar nak makan burger.burger sedap tp tak bukak kenapa....tenya salah seorang pelanggan tetap burge aku..hahaha...Sekarang aku tak jual lagi aku bagi peluang kat budak lain tk berniaga sebab akupun sibuk daripada tak bukak kedai tu baik ada orang bukak.sekurang-kurangnya orang lapar burger boleh gak makan.Aku bukak kedai tu dengan kawan aku Epi namanya,sekarang dia baru je kemalangan moto vs kereta patah tangan kanan tapi tak teruk.nasib baik.dia pun dah tak nk berniaga lagi.jadi sekarang orang lain dah ambik alih..hahaha....
Orang penting kat belakang aku Pak Maliki



Antara pelanggan tetap aku

Sedappp...haha



Sunday, 13 November 2011

Kenangan Bersama Kawan-kawan dan Jurulatih(PALAPES) di Majlis Hari Raya Aidilfitri


 Hari raya Aidilfitri telah jauh meninggalkan kita,tapi aku ada sdikit kenangan masa tu cuma sibuk tak sempat nak kongsi di sini.Dua orang jurulatih aku telah buat satu majlis rumah terbuka sempena hari raya dia jemput aku 1 intake datang.Aku intake 31 kekuatan seramai 83 orang buat masa sekarang tapi yang dapat pergi dalam 60 orang kalau tak silap.Majlis diadakan pada hari dan masa berasingan memang kenyangla hari tu.hahaha....Aku adala sedikit gambar-gambar kenangan tuk dikongsikan.....Apa-apapun terima kasih buat Staf Faisal dan Staf Johan.Jasa mu akan dikenang..hahaha..